Sunday 8 April 2012

Jangan bodohkan rakyat! Kertas Undi PKR sendiri ada nombor siri!

Baru-baru ini seorang rakan sekerja yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat mencemuh kerajaan di depan ambo berkenaan isu nombor siri pada kertas undi yg dakwanya antara faktor yg jelas menunjukkan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia tidak telus. 
Katanya ia bahaya bagi penjawat awam kerana kerajaan boleh trace individu yang tak sokong mereka melalui nombor siri. Lepas tu mana-mana penjawat awam yang didapati menyokong pembangkang akan dipindah ke pedalaman atau tidak mendapat kenaikan pangkat!
Bagi ambo itu hanyalah persepsi yang ditanam oleh pembangkang untuk mewujudkan kesangsian kepada sistem pilihanraya di Malaysia. Terpulanglah kepada mereka buat tanggapan sebegitu, tapi bagi ambo setiap dakwaan perlu dinyatakan bukti. 
Mereka tahukah ke mana kertas-kertas undi itu disimpan selepas selesai pengiraan undi? Adakah bukti bahawa kertas-kertas undi ini diambil semula utk disemak nombor sirinya bagi setiap parti yg dipangkah? 
Sedarkah mereka bahawa penggunaan nombor siri memudahkan semakan dibuat sekiranya wujud pertikaian selepas itu. Kerahsiaan undi tetap terjamin dengan penggunaan nombor siri kerana kertas undi hanya dikeluarkan kepada pengundi setelah semakan identiti dibuat. 
Sebenarnya ia merupakan cara yang cepat dan terbaik bagi mengetahui jumlah yang keluar mengundi. Pada masa sama ia adalah bagi memastikan tidak berlaku lebihan kertas undi.
Peliknya pembangkang yang beriya-iya mempertikaikan kewujudan nombor siri dalam kertas undi itu sendiri pun turut menggunakannya dalam kertas undi pemilihan parti mereka termasuklah parti ketua pembangkang, PKR! Nak tuduh orang tak bersih sebab ada nombor siri, dalam kertas undi parti lu sendiri pun ada nombor siri! Apa kes Nwar woii!?!! 
Nak kelentong orang bodoh dan taksub boleh la!! Kat kebanyakan negara termasuk negara maju pun memang ada nombor siri dalam kertas undi mereka. Cuba google la kalau tak caya... jangan asyik kena kelentong dengan Bung Nwar dan Ambiga laknatullah je... malu la woii... hehe... 
Jangan mare ye... nanti kena jual. Opps sorry.
Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider (bukan Utusan Malaysia atau TV3 :P)
 
___________________________________________________

PKR tidak kompromi ciri keselamatan kertas undi, kata Saifuddin

UPDATED @ 06:56:44 07-11-2010

Saifuddin berkata tanggapan bahawa kertas undi PKR boleh diguna semula adalah palsu. — gambar fail
 

PETALING JAYA, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menafikan dakwaan sesetengah pihaknya bahawa kertas undi pemilhan boleh didapati di “pasaran terbuka” sambil menegaskan, parti itu telah mengambil segala langkah bagi memastikan ciri-ciri keselamatannya tidak dikompromi sama sekali.

Sehubungan itu, Setiasusaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan aktivis Haris Ibrahim bahawa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

PKR sedang melangsungkan pemilihan langsung yang pertama bersejarah dan kini memasuki peringkat pengundian kedua untuk memilih pucuk kepimpinan pusat.

Saifuddin menafikan dakwaan aktivis itu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.

“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin pada sidang media tergempar di ibu pejabat PKR petang ini.

Justeru, Saifuddin menekankan, PKR telah menggunakan empat pendekatan keselamatan untuk menangani tindakan sedemikian dan untuk mempertahankan integriti proses pemilihan.

Salah satunya ialah mengadakan nombor siri pada kertas undi yang dikeluarkan, kata beliau.

Selain itu jelas beliau, setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.

Selain itu kata Saifuddin, kertas-kertas undi dicetak pada warna yang berbeza setiap minggu.

“Yang warna putih minggu lepas, dan warna biru minggu ini,” kata beliau.

Pengundian semalam dan hari ini adalah minggu kedua PKR mengadakan pemilihan peringkat pusat. Ia akan berlangsung dua minggu lagi meliputi hari keenam hingga hari ke-10.

“Kod warna ini tidak akan dimaklumkan kepada mana-mana pegawai pemilihan sehingga hari pengundian.

“Oleh itu, tanggapan yang diwujudkan bahawa kertas undi boleh digunakan semula atau dikitar semula adalah tidak benar sama sekali,” kata Saifuddin lagi.

Saifuddin menjelaskan, kesemua kertas undi perlu dicap sebelum diberikan kepada pengundi-pengundi yang layak pada hari pengundian.

“Mana-mana kertas undi tanpa cap adalah tidak sah,” katanya.

Selain itu kata beliau, ketika proses pemilihan, calon-calon jawatan timbalan presiden, ketua Wanita dan ketua Angkatan Muda Keadilan boleh mendaftarkan wakil mereka untuk memantau keseluruhan proses.

“Kesemua calon boleh mendaftar wakil mereka sebagai ejen proses pengiraan bagi jawatan mereka bertanding,” katanya lagi.

Saifuddin juga berkata, setiap pegawai pilihan raya akan mengisi borang penjumlahan undi, yang perlu ditandatangani oleh beliau sendiri dan juga wakil-wakil calon.

“Helaian penjumlahan undi akan mempunyai keputusan, bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan, bilangan kertas undi dimasukkan dan bilangan kertas undi yang rosak.

“Ejen-ejen terbabit sebenarnya akan hadir sepanjang keseluruhan proses dan menandatangani helaian-helaian penjumlahan terbabit,” katanya lagi.

“Sistem ini sangat telus,” tambah Saifuddin pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin berkata ada dua kemungkinan kertas-kertas undi minggu lalu didakwa boleh dibeli.

Katanya, kemungkinan ahli yang diberikan kertas undi tidak membuang undi dan membawanya keluar.

Selain itu kata beliau, kemungkinan pegawai pemilihan tidak memusnahkan kertas-kertas undi selepas berakhirnya proses pengundian mingguan minggu lalu.

Haris dalam blognya People’s Parliament mendakwa kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Saifuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”

Menerusi tulisan kelmarin di bawah tajuk “PKR, and its ballot papers, up for sale” (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.

Dalam tulisan susulan semalam bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?” (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.

“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris.

Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.

“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” kata Haris lagi.

Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.

Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.

Haris juga bertanya sama ada Dr Wan Azizah yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/pkr-tidak-kompromi-ciri-keselamatan-kertas-undi-kata-saifuddin/

No comments:

Post a Comment