Wednesday 4 April 2012

Harga Petrol Malaysia murah! Lebih murah dari negara pengeluar minyak ke-2 dunia

Sejak semalam, di Facebook dan blog-blog pembangkang banyak dipapar atau ditagkan printscreen perbandingan harga petrol di bawah.

Sebenarnya printscreen perbandingan harga petrol di dunia ini dah lama disebarkan di internet dan emel. Tapi, memandangkan bermula 12 tengah malam tadi harga petrol RON 97 naik 10 sen kepada RM2.90 maka puak blogger dan facebookers Pakatan Rakyat mengambil kesempatan yang mengitar semula isu ini untuk dijaja menjelang PRU-13 akan diadakan tak lama lagi.
 
Bukan ambo nak sokong kenaikan harga minyak oleh kerajaan, tapi ambo sekadar nak ambil masa sikit komen isu yang sedang dimainkan oleh mereka yang rata-rata tak faham atau cuba mengelirukan orang lain dengan kejahilan mereka yang teramat itu!

Dulu ambo banyak kali berbahas dengan puak Pakatan Rakyat pasal perbandingan harga ni, ambo terangkan dengan fakta tapi mereka tetap buat pekak dan tak nak terima.

Untuk dijadikan bahan modal kempen pembangkang, maka diungkitkan oleh puak pembangkang ni bahawa Malaysia ni sebagai negara pengeluar minyak ke-27 di dunia tapi jual petrol paling mahal antara negara-negara pengeluar minyak lain termasuklah di kalangan negara yang lebih atas kedudukannya seperti Oman (no. 28) dan Mesir (no. 29).
 
Ambo nak jelaskan di sini bahawa perbandingan harga petrol berdasarkan ranking pengeluar minyak dunia itu tidak adil dan kurang tepat. Kalau puak ni nak bandingkan harga tersebut berasaskan ranking tu, ambo nak tanya kenapa diorang tak letakkan harga petrol di negara-negara lain seperti Russia, China, Kanada, Brazil, India dan Indonesia yang lebih rendah kedudukannya?
 
Sebagai perbandingan mudah ambo ambil contoh negara jiran kita, Indonesia. Harga seliter petrol Pertamax Plus (RON 95) di Jakarta sekarang ialah Rp. 10300 (http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm) bersamaan RM 3.45 berbanding harga petrol RON 95 di Malaysia iaitu RM 1.90 seliter. Beza hampir dua kali ganda tu!



Di Indonesia, RON 97 tidak dijual secara komersial di stesen-stesen minyak mereka jadi tiada harga perbandingan untuk dibuat dengan harga di Malaysia. RON 95 yang ditohmah sebagai petrol berkualiti rendah yang disubsidikan untuk menganiaya rakyat Malaysia oleh puak pembangkang sebenarnya adalah petrol yang berkualiti tinggi di sana.

Malah untuk membandingkan harga seliter petrol RON 92 (Pertamax) di Jakarta adalah masih jauh lebih mahal berbanding petrol RON 97 di Malaysia. Seliter RON 92 di Jakarta berharga Rp 10200 bersamaan RM 3.41.
 
Sementara petrol bersubsidi RON 88 (Premium) berharga Rp 4500 bersamaan RM 1.50 di Jakarta.    
 
Tahu tak anda, Indonesia adalah negara pengeluar minyak ke-21 di dunia berbanding Malaysia berada di tangga ke-27?

Berikut ambo buat satu jadual perbandingan harga petrol di negara-negara pengeluar minyak yang berada di ranking lebih baik dari Malaysia yang tidak diletakkan dalam printscreen perbandingan harga oleh puak pembangkang. 


Walaupun ambo sendiri fikir perbandingan (Malaysia dan Indonesia) ini sebenarnya tidak adil dan kurang tepat, tapi ia sekadar untuk membuka mata dan fikiran sahabat-sahabat ambo sekalian supaya jangan terlalu mengutuk bukan-bukan kepada kerajaan kita dan tidak menghargai nikmat Allah Taala yang masih kita perolehi walaupun tidaklah semewah negara-negara minyak lain. Sekurang-kurangnya kalau puak sana tak nak undi BN pun, ambo harap kita semua sama-samalah bersyukur banyak-banyak kepada Allah Taala supaya nikmat ini akan makin bertambah. InsyaAllah.

Ingatlah firman Allah Taala: 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" [Surah ar Rahman: 13]

http://www.gtz.de/de/dokumente/gtz2009-en-ifp-full-version.pdf
http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm
http://ciricara.com/2012/04/03/inilah-perbedaan-bbm-premium-pertamax-dan-pertamax/#more-6900
http://www.mytravelcost.com/petrol-prices/
http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_oil_production

No comments:

Post a Comment