Sunday 8 April 2012

Jangan bodohkan rakyat! Kertas Undi PKR sendiri ada nombor siri!

Baru-baru ini seorang rakan sekerja yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat mencemuh kerajaan di depan ambo berkenaan isu nombor siri pada kertas undi yg dakwanya antara faktor yg jelas menunjukkan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia tidak telus. 
Katanya ia bahaya bagi penjawat awam kerana kerajaan boleh trace individu yang tak sokong mereka melalui nombor siri. Lepas tu mana-mana penjawat awam yang didapati menyokong pembangkang akan dipindah ke pedalaman atau tidak mendapat kenaikan pangkat!
Bagi ambo itu hanyalah persepsi yang ditanam oleh pembangkang untuk mewujudkan kesangsian kepada sistem pilihanraya di Malaysia. Terpulanglah kepada mereka buat tanggapan sebegitu, tapi bagi ambo setiap dakwaan perlu dinyatakan bukti. 
Mereka tahukah ke mana kertas-kertas undi itu disimpan selepas selesai pengiraan undi? Adakah bukti bahawa kertas-kertas undi ini diambil semula utk disemak nombor sirinya bagi setiap parti yg dipangkah? 
Sedarkah mereka bahawa penggunaan nombor siri memudahkan semakan dibuat sekiranya wujud pertikaian selepas itu. Kerahsiaan undi tetap terjamin dengan penggunaan nombor siri kerana kertas undi hanya dikeluarkan kepada pengundi setelah semakan identiti dibuat. 
Sebenarnya ia merupakan cara yang cepat dan terbaik bagi mengetahui jumlah yang keluar mengundi. Pada masa sama ia adalah bagi memastikan tidak berlaku lebihan kertas undi.
Peliknya pembangkang yang beriya-iya mempertikaikan kewujudan nombor siri dalam kertas undi itu sendiri pun turut menggunakannya dalam kertas undi pemilihan parti mereka termasuklah parti ketua pembangkang, PKR! Nak tuduh orang tak bersih sebab ada nombor siri, dalam kertas undi parti lu sendiri pun ada nombor siri! Apa kes Nwar woii!?!! 
Nak kelentong orang bodoh dan taksub boleh la!! Kat kebanyakan negara termasuk negara maju pun memang ada nombor siri dalam kertas undi mereka. Cuba google la kalau tak caya... jangan asyik kena kelentong dengan Bung Nwar dan Ambiga laknatullah je... malu la woii... hehe... 
Jangan mare ye... nanti kena jual. Opps sorry.
Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider (bukan Utusan Malaysia atau TV3 :P)
 
___________________________________________________

PKR tidak kompromi ciri keselamatan kertas undi, kata Saifuddin

UPDATED @ 06:56:44 07-11-2010

Saifuddin berkata tanggapan bahawa kertas undi PKR boleh diguna semula adalah palsu. — gambar fail
 

PETALING JAYA, 7 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menafikan dakwaan sesetengah pihaknya bahawa kertas undi pemilhan boleh didapati di “pasaran terbuka” sambil menegaskan, parti itu telah mengambil segala langkah bagi memastikan ciri-ciri keselamatannya tidak dikompromi sama sekali.

Sehubungan itu, Setiasusaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan aktivis Haris Ibrahim bahawa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

PKR sedang melangsungkan pemilihan langsung yang pertama bersejarah dan kini memasuki peringkat pengundian kedua untuk memilih pucuk kepimpinan pusat.

Saifuddin menafikan dakwaan aktivis itu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal pagi ini.

“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin pada sidang media tergempar di ibu pejabat PKR petang ini.

Justeru, Saifuddin menekankan, PKR telah menggunakan empat pendekatan keselamatan untuk menangani tindakan sedemikian dan untuk mempertahankan integriti proses pemilihan.

Salah satunya ialah mengadakan nombor siri pada kertas undi yang dikeluarkan, kata beliau.

Selain itu jelas beliau, setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.

Selain itu kata Saifuddin, kertas-kertas undi dicetak pada warna yang berbeza setiap minggu.

“Yang warna putih minggu lepas, dan warna biru minggu ini,” kata beliau.

Pengundian semalam dan hari ini adalah minggu kedua PKR mengadakan pemilihan peringkat pusat. Ia akan berlangsung dua minggu lagi meliputi hari keenam hingga hari ke-10.

“Kod warna ini tidak akan dimaklumkan kepada mana-mana pegawai pemilihan sehingga hari pengundian.

“Oleh itu, tanggapan yang diwujudkan bahawa kertas undi boleh digunakan semula atau dikitar semula adalah tidak benar sama sekali,” kata Saifuddin lagi.

Saifuddin menjelaskan, kesemua kertas undi perlu dicap sebelum diberikan kepada pengundi-pengundi yang layak pada hari pengundian.

“Mana-mana kertas undi tanpa cap adalah tidak sah,” katanya.

Selain itu kata beliau, ketika proses pemilihan, calon-calon jawatan timbalan presiden, ketua Wanita dan ketua Angkatan Muda Keadilan boleh mendaftarkan wakil mereka untuk memantau keseluruhan proses.

“Kesemua calon boleh mendaftar wakil mereka sebagai ejen proses pengiraan bagi jawatan mereka bertanding,” katanya lagi.

Saifuddin juga berkata, setiap pegawai pilihan raya akan mengisi borang penjumlahan undi, yang perlu ditandatangani oleh beliau sendiri dan juga wakil-wakil calon.

“Helaian penjumlahan undi akan mempunyai keputusan, bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan, bilangan kertas undi dimasukkan dan bilangan kertas undi yang rosak.

“Ejen-ejen terbabit sebenarnya akan hadir sepanjang keseluruhan proses dan menandatangani helaian-helaian penjumlahan terbabit,” katanya lagi.

“Sistem ini sangat telus,” tambah Saifuddin pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin berkata ada dua kemungkinan kertas-kertas undi minggu lalu didakwa boleh dibeli.

Katanya, kemungkinan ahli yang diberikan kertas undi tidak membuang undi dan membawanya keluar.

Selain itu kata beliau, kemungkinan pegawai pemilihan tidak memusnahkan kertas-kertas undi selepas berakhirnya proses pengundian mingguan minggu lalu.

Haris dalam blognya People’s Parliament mendakwa kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Saifuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”

Menerusi tulisan kelmarin di bawah tajuk “PKR, and its ballot papers, up for sale” (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.

Dalam tulisan susulan semalam bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?” (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.

“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris.

Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.

“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” kata Haris lagi.

Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.

Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.

Haris juga bertanya sama ada Dr Wan Azizah yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/pkr-tidak-kompromi-ciri-keselamatan-kertas-undi-kata-saifuddin/

Wednesday 4 April 2012

Harga Petrol Malaysia murah! Lebih murah dari negara pengeluar minyak ke-2 dunia

Sejak semalam, di Facebook dan blog-blog pembangkang banyak dipapar atau ditagkan printscreen perbandingan harga petrol di bawah.

Sebenarnya printscreen perbandingan harga petrol di dunia ini dah lama disebarkan di internet dan emel. Tapi, memandangkan bermula 12 tengah malam tadi harga petrol RON 97 naik 10 sen kepada RM2.90 maka puak blogger dan facebookers Pakatan Rakyat mengambil kesempatan yang mengitar semula isu ini untuk dijaja menjelang PRU-13 akan diadakan tak lama lagi.
 
Bukan ambo nak sokong kenaikan harga minyak oleh kerajaan, tapi ambo sekadar nak ambil masa sikit komen isu yang sedang dimainkan oleh mereka yang rata-rata tak faham atau cuba mengelirukan orang lain dengan kejahilan mereka yang teramat itu!

Dulu ambo banyak kali berbahas dengan puak Pakatan Rakyat pasal perbandingan harga ni, ambo terangkan dengan fakta tapi mereka tetap buat pekak dan tak nak terima.

Untuk dijadikan bahan modal kempen pembangkang, maka diungkitkan oleh puak pembangkang ni bahawa Malaysia ni sebagai negara pengeluar minyak ke-27 di dunia tapi jual petrol paling mahal antara negara-negara pengeluar minyak lain termasuklah di kalangan negara yang lebih atas kedudukannya seperti Oman (no. 28) dan Mesir (no. 29).
 
Ambo nak jelaskan di sini bahawa perbandingan harga petrol berdasarkan ranking pengeluar minyak dunia itu tidak adil dan kurang tepat. Kalau puak ni nak bandingkan harga tersebut berasaskan ranking tu, ambo nak tanya kenapa diorang tak letakkan harga petrol di negara-negara lain seperti Russia, China, Kanada, Brazil, India dan Indonesia yang lebih rendah kedudukannya?
 
Sebagai perbandingan mudah ambo ambil contoh negara jiran kita, Indonesia. Harga seliter petrol Pertamax Plus (RON 95) di Jakarta sekarang ialah Rp. 10300 (http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm) bersamaan RM 3.45 berbanding harga petrol RON 95 di Malaysia iaitu RM 1.90 seliter. Beza hampir dua kali ganda tu!



Di Indonesia, RON 97 tidak dijual secara komersial di stesen-stesen minyak mereka jadi tiada harga perbandingan untuk dibuat dengan harga di Malaysia. RON 95 yang ditohmah sebagai petrol berkualiti rendah yang disubsidikan untuk menganiaya rakyat Malaysia oleh puak pembangkang sebenarnya adalah petrol yang berkualiti tinggi di sana.

Malah untuk membandingkan harga seliter petrol RON 92 (Pertamax) di Jakarta adalah masih jauh lebih mahal berbanding petrol RON 97 di Malaysia. Seliter RON 92 di Jakarta berharga Rp 10200 bersamaan RM 3.41.
 
Sementara petrol bersubsidi RON 88 (Premium) berharga Rp 4500 bersamaan RM 1.50 di Jakarta.    
 
Tahu tak anda, Indonesia adalah negara pengeluar minyak ke-21 di dunia berbanding Malaysia berada di tangga ke-27?

Berikut ambo buat satu jadual perbandingan harga petrol di negara-negara pengeluar minyak yang berada di ranking lebih baik dari Malaysia yang tidak diletakkan dalam printscreen perbandingan harga oleh puak pembangkang. 


Walaupun ambo sendiri fikir perbandingan (Malaysia dan Indonesia) ini sebenarnya tidak adil dan kurang tepat, tapi ia sekadar untuk membuka mata dan fikiran sahabat-sahabat ambo sekalian supaya jangan terlalu mengutuk bukan-bukan kepada kerajaan kita dan tidak menghargai nikmat Allah Taala yang masih kita perolehi walaupun tidaklah semewah negara-negara minyak lain. Sekurang-kurangnya kalau puak sana tak nak undi BN pun, ambo harap kita semua sama-samalah bersyukur banyak-banyak kepada Allah Taala supaya nikmat ini akan makin bertambah. InsyaAllah.

Ingatlah firman Allah Taala: 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" [Surah ar Rahman: 13]

http://www.gtz.de/de/dokumente/gtz2009-en-ifp-full-version.pdf
http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm
http://ciricara.com/2012/04/03/inilah-perbedaan-bbm-premium-pertamax-dan-pertamax/#more-6900
http://www.mytravelcost.com/petrol-prices/
http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_oil_production

Tuesday 3 April 2012

Joget Anwar Ibrahim vs Tarian Noh Omar

Rasa nak tergelak bila tengok tiap-tiap hari puak Pakatan Rakyat terutama yang menjulang Anwar Ibrahim sebagai bakal PM mereka memainkan isu foto Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berdansa dengan seorang wanita. Kononnya Noh Omar mempunyai skandal dengan wanita dan mempunyai tabiat buruk suka berdansa dengan bukan mahram.


Sebenarnya wanita yang masih menutup aurat itu ialah isteri kedua beliau, Puan Aishah Fariza. Foto itu dirakam semasa majlis ulangtahun perkahwinan mereka

 
Ambo bukan apa, nak tergelak bila puak-puak taksub tu tak sedar yang pemimpin agung kebanggaan mereka, Anwar Ibrahim tu pun kaki joget. Kita bukan sekali tengok dia berjoget tapi banyak kali. Semuanya boleh ditonton di laman Youtube. 


Di bawah ini video Anwar berjoget dengan anak perempuan tauke judi Genting pada satu majlis hari jadi. Ia telah diakui oleh Anwar sendiri apabila dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. 
Lu pikir la sendiri!!!!

Kepada puak-puak taksub Pakatan Rakyat yang menafikan bahawa pelaku dalam video di atas ialah Anwar, sila dengar sendiri pengakuan tuan punya badan dalam video di bawah yang mengesahkan bahawa memang dia pernah berjoget dengan anak tauke judi seperti di dalam paparan video di atas. Bukan apa dulu ambo pernah berbahas dengan puak-puak taksub tu yang mati-mati kata gambar dan video Anwar berjoget tu bukan dia, tapi superimpose. Perut lelaki yang berjoget tu boroi kata depa. hehe...